fbpx
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Koperal Muhammad Faizal.

Agong, Permaisuri zahir ucap takziah pemergian anggota polis pengiring Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Koperal Muhammad Faizal Ab. Razak, 32.

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian anggota polis pengiring bermotosikal cawangan Istana Negara tersebut.

“Sesungguhnya kami ialah milik Allah S.W.T dan kepadaNya kami kembali,” titah Seri Paduka Baginda menerusi ucapan takziah di muat naik di media sosial hari ini.

Terdahulu, media melaporkan aeorang anggota polis pengiring cawangan Istana Negara maut selepas motosikal ditunggang terbabas ketika cuba mengelak pokok tumbang di Jalan Sungai Tua Ulu Yam di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari Batang Kali menuju ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI