KUALA LUMPUR – Kira-kira 50 aktivis belia menyertai himpunan aman ‘Seruan aksi solidariti Indonesia’ di hadapan Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini malam ini.
Perhimpunan aman bermula kira-kira pukul 8 malam itu turut menyaksikan bunga ros diletakkan di hadapan pagar kedutaan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat di negara berkenaan.
Malah peserta himpunan dilihat turut membawa plakad tertera ‘Malaysia bersama rakyat indonesia’ dan ‘Korban jiwa, Affan Kurniawan’ beserta gambar Allahyarham yang terkorban ketika demonstrasi di Jakarta pada 28 Ogos lalu.
Himpunan yang berlangsung hampir dua jam itu berlangsung dalam suasana aman dan terkawal sambil diiringi nyanyian lagu Buruh Tani.
Pihak polis dilihat turut mengawal ketat kawasan sekitar himpunan bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.- KOSMO! ONLINE.