KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di simpang empat lampu isyarat Jalan Kuchai Lama, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, laporan itu dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun pada pukul 2.20 pagi, Sabtu lalu.
“Kejadian berlaku pada 29 Ogos kira-kira pukul 11.30 malam apabila sebuah motosikal melanggar bahagian hadapan kereta pengadu di lokasi berkenaan.
“Hasil semakan mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun. Namun, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pemilik motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zamzuri berkata, polis kini sedang mengesan pemilik motosikal berkenaan untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@mizayusofff_HELP !!♬ original sound – Pelat R.