fbpx
Notis larangan bermain layang-layang yang ditampal di Taman Metropolitan Kepong.

[VIDEO] Notis larangan main layang-layang di Taman Metropolitan Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menampal satu notis larangan bermain layang-layang di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran tular di media sosial, notis larangan itu ditampal di kawasan padang taman permainan tersebut.

“Makluman awam, dilarang bermain layang-layang di kawasan ini. Kerjasama anda amat dihargai. Sebarang maklumat, sila hubungi Jabatan Landskap dan Rekreasi,” katanya.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan susulan satu kejadian melibatkan seorang penunggang motosikal yang cedera di leher selepas terjerut tali layang-layang ketika melalui lokasi berkenaan sebelum ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Faris Rosaidee dalam perjalanan dari Batu Caves menghala ke Bandar Sri Damansara.

Susulan kejadian itu, orang ramai bimbang akan keselamatan di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen termasuk memaklumkan kejadian yang menimpa penunggang motosikal tersebut.

“Hari itu ada kes rider (penunggang) motor kena tali layang-layang di leher semasa lalu jalan kat kawasan sini. Tali itu melintang ke jalan dan tersangkut di leher rider. Mungkin kes tu la kot. Nasib baik panjang nyawa penunggang tu,” tulis Khairi Zakaria.

Turut meninggalkan komen seorang pengguna dikenali sebagai Mohd. Faizal Zahari.

“Mungkin kena namakan semula nama taman ini jadi Taman Larangan Bermain Layang-Layang,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN