fbpx
Anggota bomba memeriksa kenderaan Toyota Vellfire yang hangus terbakar di KM 330, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Paka, Dungun hari ini.

Vellfire Ahli Parlimen Dungun hangus dijilat api di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd. Ramli berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipandu terbakar di Kilometer 330, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Paka, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, beliau dan isterinya, Siti Zaleha Mohd. yang berada dalam kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, ketika kejadian, beliau dan isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah di bandar Dungun di sini dari Kuantan, Pahang.

“Sebelum kejadian, saya sudah menjangkakan kenderaan bermasalah apabila simbol enjin menyala pada papan pemuka.

“Saya memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya sebelum mendapati bahagian bawah enjin berasap,” katanya ketika ditemui hari ini.

Wan Hassan berkata, dalam keadaan cemas, dia sempat mencapai beberapa barangan penting sebelum menyelamatkan diri sebelum menghubungi Peronda Lebuh Raya untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rohaya Jamil berkata, pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran. Setakat ini punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI