fbpx
Ibu Pejabat Polis Tegalsari dibakar penunjuk perasaan semalam. - Habiburrohman

Tidak cukup DPRD, ibu pejabat polis, penunjuk perasaan bakar pula masjid 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penunjuk perasaan bertindak membakar Masjid Al-Jabbar Tegalsari di kota Bandung, lapor laman berita Tribune News.

Sekumpulan perusuh tidak dikenali membakar masjid itu selepas protes bertukar ganas kelmarin, menyaksikan penunjuk perasaan membakar ibu pejabat polis Tegalsari di Bandung.

Sebelum pembakaran masjid berlaku, kumpulan penunjuk perasaan berundur selepas konvoi trak polis dan tentera Indonesia tiba untuk mengembalikan ketenteraman.

Mereka yang menjadi sasaran bedilan meriam air bertindak membaling batu dan kayu ke arah kenderaan serta anggota anggota-anggota keselamatan.

Tidak lama selepas pukul 11 malam (waktu tempatan), penunjuk perasaan berpecah, dengan sebilangan mereka menyerang dan membakar ibu pejabat polis Tegalsari.

Masjid berkenaan yang terletak berhampiran ibu pejabat polis turut terbakar. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI