fbpx
AZIZULHASNI meraih gangsa pada aksi antarabangsa pertamanya selepas kembali membuat penampilan. - IG AZIZULHASNI AWANG

The Pocket Rocketman kembali menggegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAYUHAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang masih berbisa selepas meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia 2025 di Suphanburi, Thailand.

Pada aksi final yang berlangsung kelmarin, pelumba berusia 37 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga sebelum menamatkan saingan di belakang Kang Shih Feng dari Taiwan serta atlet tuan rumah, Jai Angsuthasawit.

Gangsa diraih menjadi kepulangan cukup sempurna buat pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu selepas turut menamatkan acara keirin Khamis lalu di kedudukan kelima.

Azizulhasni yang kini bergerak secara profesional mengakui, pencapaian pada saingan Piala Asia itu menjadi permulaan terbaik buatnya selepas lama menyepi daripada kejohanan peringkat antarabangsa.

“Saya berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara pecut individu hari ini (kelmarin). Satu permulaan yang sangat baik buat diri saya setelah membuat penampilan semula dalam arena berbasikal trek.

“Ini juga merupakan perlumbaan antarabangsa yang pertama setelah memulakan latihan di velodrom pada awal Julai lalu,” tulisnya menerusi hantaran yang dibuat pada laman media sosial.

Dalam pada itu, Azizulhasni juga mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki selain mengakui sudah bersedia dan teruja bagi menjalani latihan untuk fasa seterusnya sebagai persiapan ke kejohanan akan datang.

Terdahulu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengumumkan sasaran utamanya adalah untuk beraksi pada temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan berlangsung tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI