fbpx
Sebahagian barangan yang terpaksa ditinggal pengguna di kaunter pembayaran setelah sistem terminal MyKasih tergendala di sebuah pasar raya besar di Kuala Terengganu hari ini.

Terlalu ramai mahu tebus Sara, sistem MyKasih tergendala lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sistem MyKasih bagi penebusan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 masih tergendala hari ini berikutan ramai penerima mahu menebusnya sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus mendapati sistem terminal itu kembali berfungsi kira-kira sejam setengah selepas pasar raya dibuka pada pukul 9 pagi.

Walau bagaimanapun sebahagian pelanggan terutama yang datang awal berjaya melakukan transaksi menebus Sara bagi membeli barangan keperluan.

Seorang pekerja pasar raya yang mahu dikenali sebagai Aila berkata, masalah itu sedikit sebanyak mengganggu kelancaran operasi di kaunter pembayaran.

“Pada pukul 10.30 pagi, sistem sudah tidak boleh digunakan. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang tidak. Semalam pun sama, ramai yang terpaksa pulang dengan tangan kosong.

“Semalam saya dan rakan-rakan terpaksa kerja lebih masa bagi melayan pelanggan mahu menebus Sara disebabkan jumlahnya terlalu ramai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Aila berkata, pengurusan pasar raya mengambil inisiatif membuka kaunter tambahan untuk pelanggan Sara, namun masalah sistem yang kerap tergendala menjadi cabaran utama.

Sementara itu, seorang penerima, Siti Nur Ain Zulkifli, 32, berkata, dia bersama dua adiknya lega dapat juga menebus Sara bagi membeli barangan dapur buat ibu mereka biarpun perlu menunggu lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN