fbpx
Gambar yang dikongsikan Nastasha di Threads.

Terima kasih PMX, belanja bulan ini ibarat ‘free’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Best (seronok) sangat! Bahan kering bulan ini ibarat free (percuma). Terima kasih PMX.”

Demikian ungkapan teruja seorang pengguna, Natasha Azmi yang meluahkan rasa syukur apabila perbelanjaan bulanannya berjaya ditampung hasil bantuan khas kerajaan menerusi Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Natasha dalam hantaran di Threads berkata, dia dan suaminya masing-masing menerima RM100 dan jumlah itu membolehkan mereka membeli pelbagai barangan keperluan.

“Alhamdulilah dapat guna (bantuan) Sara secara one-off isteri suami hari ini di 99 Speedmart sebab orang tak ramai. Hangpa (kalian) kongsilah apa yang dapat beli,” katanya.

Menurut Natasha, dia hanya perlu membayar RM1.25 berbanding jumlah keseluruhan sebanyak RM201.25.

“Keseluruhan RM201.25. Kad pengenalan isteri RM100, kad pengenalan suami RM100. Bayar tunai RM1.25,” kongsinya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan penghargaan Sara sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira jumlah pendapatan.

Bantuan itu mula dikreditkan semalam dan boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing di premis-premis jualan yang ditetapkan sehingga 31 Disember 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI