fbpx
Hanafiah (dua dari kiri) menunjukkan Jambatan Durian Mentangau yang siap dibina JKR di Durian Mentangau, Dungun hari ini.

Terengganu terima jambatan Bailey persiapan musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menerima perolehan sebuah jambatan Bailey jenis Acrow 700XS yang bernilai RM4.5 juta, sebagai persediaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini menjelang bulan Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat berkata, jambatan sepanjang 42.67 meter dengan 4.2 meter lebar itu akan menjadi aset penting sebagai keperluan dalam menghadapi bencana alam seperti banjir besar dan tanah runtuh.

“Jambatan Bailey ini membolehkan proses pemulihan jaringan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas bagi kemudahan rakyat negeri ini sekiranya berlaku bencana alam.

“Buat masa ini, jambatan tersebut akan ditempatkan di Depo JKR Hulu Terengganu dan sekiranya berlaku jalan runtuh di selatan atau utara negeri ini, kita akan gunakannya sebagai pengganti sementara jalan atau jambatan yang runtuh,” katanya di Durian Mentangau di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis penyerahan projek siap dan penyerahan aset Jambatan Bailey di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) antara JKR dan kerajaan negeri Terengganu.

Hanafiah berkata, JKR juga telah menubuhkan Pasukan Jambatan Bailey negeri dianggotai 35 pegawai teknikal terlatih bagi pemasangan jambatan Bailey tersebut sekiranya diperlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, projek pembinaan semula Jambatan Durian Mentangau menelan belanja kira-kira RM5.76 juta, manakala projek pembinaan jambatan baharu di Felcra Panchor Merah, Setiu pula bernilai RM4.9 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI