fbpx
Legenda hip-hop, Snoop Dogg kini bimbang untuk membawa cucunya berkunjung ke pawagam kerana tidak mahu 'tersalah' menonton filem sekalipun karya berstatus animasi.

Takut bawa budak ke wayang sekarang, tertengok ‘filem lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI rap legenda, Snoop Dogg hairan dan bimbang apabila kunjungannya bersama cucu tersayang ke pawagam menyaksikan filem animasi dicemari dengan adegan normalisasi budaya songsang terkait dakyah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Snoop atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr. berkata, ketika di tengah-tengah tontonan, cucunya mengadu seraya mengajukan soalan mengapa watak antara dua wanita boleh ‘melahirkan’ seorang anak.

“Saya bawa cucu saya tengok filem animasi Lightyear—Keke Palmer pun berlakon filem itu.

“Cucu saya tanya soalan, ‘Papa Snoop, macam mana seorang wanita boleh ada anak dengan seorang wanita jua?’. Saya pun sendiri terpaku nak jawab soalan itu,” katanya dalam sepotong video audio siar, Giving Podcast.

Ujar pelantun lagu ikonik, Drop It Like It’s Hot itu, pada momen itu, dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab persoalan cucunya yang sememangnya lazim dengan 1,000 soalan.

“Saya tak datang ke panggung untuk benda ini, saya hanya nak tengok sebuah filem!

“Cucu saya terus dengan soalannya bertanyakan bagaimana dua wanita boleh ada seorang bayi.

“Sejak itu, saya takut nak ke panggung wayang. Saya tersepit dalam keadaan di mana saya tiada jawapan untuk persoalan yang saya sendiri tak tahu (bagaimana) ingin jawab,” katanya lagi.

Filem Lightyear terbitan Disney tahun 2022 mengisahkan asal usul manusia Space Ranger Buzz Lightyear turut menampilkan hubungan kontroversi songsang antara rakan karib dan komandernya, Alisha Hawthorne (disuarakan oleh Uzo Aduba), dan ‘pasangannya’, Kiko.

Filem animasi arahan Angus MacLane itu memercik sensasi global apabila memaparkan paparan sekilas kehidupan mereka sebagai pasangan serta satu ciuman di skrin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI