fbpx
Mohd Farid menunjukkan gambar kelibat seekor buaya yang bersidai di Pulau Judi berhampiran Telok Pelanduk, Port Dickson yang sempat dirakam penduduk ketika ditemui baru-baru ini. – NOR AINNA HAMZAH

‘Tak ganggu, tapi kalau muncul takut juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sang bedal dilaporkan semakin kerap muncul di perairan negeri ini sehingga tular dalam media sosial sejak lima tahun lalu sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.

Namun, penduduk setempat mendakwa, setakat ini reptilia tersebut tidak pernah mengganggu manusia, bahkan kelibatnya makin kerap dilihat ‘merayau’ di sekitar perairan Port Dickson.

Seorang pemancing yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, kisah buaya tembaga ‘berulang-alik’ dari Kuala Linggi ke pantai Port Dickson terutama di sekitar Pasir Panjang sudah lama berlaku.

“Sudah 40 tahun. Dahulu kawasan (habitat) buaya tembaga di bawah pohon besar tepi pantai. Tetapi sekarang pohon itu sudah tiada, tapi adakalanya ia akan muncul juga.

“Alhamdulilah, setakat ini, haiwan tersebut tidak pernah ganggu penduduk dan nelayan. Tetapi jika ternampak (kelibat) rasa takut juga,” katanya ketika ditemui di Jeti Kampung Telok Pelandok, di Port Dickson semalam.

Sementara itu, pemilik kedai makan berhampiran Pengkalan Nelayan Telok Pelandok, Mohd. Farid Md. Jim, 40, memberitahu, dia pernah melihat anak buaya ‘merayau’ sejak memulakan perniagaan pada 2014.

“Biasanya buaya berwarna kuning hitam itu buaya tembaga. Dua bulan lepas, saya ternampak buaya bersaiz agak besar dan panjangnya dua meter. Biasanya haiwan itu muncul pada waktu pagi dan senja,” katanya.

Jelasnya, nelayan juga pernah memaklumkan mereka menye­dari akan kehadiran reptilia tersebut di perairan Port Dickson.

“Malah, ada individu yang nampak buaya berjemur berhampiran di Pulau Babi dan Pulau Judi jadi mereka akan kongsi gambar tersebut.

“Biasanya haiwan itu akan keluar selepas hujan dalam tempoh sekejap sahaja selain tidak mengganggu orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN