fbpx
Bangunan DPRD Makassar dibakar oleh penunjuk perasaan pada 29 Ogos lalu. - Okezone

Suka sangat bakar! Kerajaan Makassar rugi RM65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menyatakan, kerugian yang berlaku akibat bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Makassar dibakar oleh penunjuk perasaan adalah sekitar 253.4 bilion rupiah (RM65 juta), lapor laman web Detik.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Pentadbiran BPBD Makassar, Fadli Tahar berdasarkan penilaian di lokasi kejadian termasuk kenderaan dan bangunan yang musnah.

“Jumlah kerugian keseluruhan berdasarkan penilaian awal di tempat kejadian adalah 253.4 bilion rupiah,” kata Fadli kelmarin.

 “Jumlah kerugian sebenar dipercayai lebih besar,” katanya lagi.

Menurut Fadli sebanyak 67 buah kereta dan kenderaan lain hangus terbakar di samping 15 unit motosikal.

Kerugian akibat perbuatan khianat pada kereta mencecah 13.4 bilion rupiah (RM3.4 juta) dan 240 juta rupiah (RM61,613) melibatkan pembakaran motosikal, tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI