fbpx
Keadaan bot fiber dibaiki Abdul Rahim dan Norhasriah yang terbalik di perairan Kuala Merchang, Marang semalam.

Suami isteri rapat seperti belangkas sehingga ke akhir hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Enam beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut serentak akibat lemas setelah bot fiber dinaiki mereka terbalik dilambung ombak di perairan Kuala Merchang, Marang dekat sini semalam.

Sewaktu kejadian pada pukul 3.30 petang itu mengorbankan Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan isterinya, Norhasriah Che Osman, 46, yang sedang memancing ikan di perairan berkenaan.

Anak keempat mereka, Muhammad Haziq Adha, 19, berkata, ibunya yang merupakan suri rumah mengikut bapanya turun ke laut untuk menangkap ikan sambil menguji bot fiber baharu sempena cuti Hari Kebangsaan.

“Ayah (Abdul Rahim) bekerja kampung termasuk menjadi nelayan pantai sejak bersama dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada kira-kira enam tahun lalu.

“Memang ibu (Norhasriah) kerap mengikut untuk menemani ayah. Mereka turun ke laut pada pukul 7.45 pagi selepas memaklumkannya kepada adik kelima saya (Nur Najihah, 16),” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Muhammad Haziq Adha yang merupakan pembantu kedai runcit tidak sedap hati apabila ibu bapa masih tidak pulang dari laut sewaktu dia pulang ke rumah dari tempat kerja pada pukul 3 pagi.

Dia berkata, hatinya bertambah luluh apabila dihubungi salah seorang rakan bapanya yang juga nelayan menjumpai sebuah bot terbalik disyaki milik keluarganya di tengah laut.

“Saya terus meluru keluar ke jeti yang biasa ayah meletakkan bot fiber dan berderau jantung mendapati mereka masih belum pulang.

“Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan mayat ibu telah ditemui sebelum ayah pula kira-kira 15 minit kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN