fbpx
RICHARLISON yang mengetuai jentera serangan Spurs gagal merobek gawang Bournemouth pada aksi kelmarin. - AFP

Spurs kembali hadapi realiti EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus baharu Tottenham Hotspur, Thomas Frank mengakui para peminat pasukan itu mempunyai hak untuk mengecam pasukan itu ketika mereka tewas 0-1 berdepan Bournemouth di laman sendiri kelmarin.

Frank menikmati aksi pemula yang hebat bersama Spurs apabila mencatat dua kemenangan termasuk menewaskan Manchester City selain mengatasi Chelsea dalam perebutan mendapatkan Xavi Simons.

Bagaimanapun, aksi menentang The Cherries menjadi mimpi ngeri pertamanya apabila mereka gagal mempamerkan aksi terbaik apabila hanya melakukan percubaan pertama menerusi Lucas Bergvall pada minit ke-69.

“Saya harap mereka tidak mengecam kami, tetapi saya memahaminya. Ia bukanlah persembahan yang baik kerana peminat meletakkan jangkaan yang tinggi. Jadi, ia adalah adil apabila kami dikecam.

“Saya tidak fikir kami menunjukkan standard permainan yang sepatutnya, tetapi pemain sudah memberikan segala-galanya. Dalam bola sepak, adakalanya apabila anda memberi seluruh jiwa raga, namun ia belum mencukupi,” jelasnya.

Spurs mengharapkan kehadiran Simons mampu menambah kreativiti pasukan itu biarpun dia masih belum diturunkan untuk aksi menentang Bournemouth kelmarin.

“Kadang-kadang anda memerlukan pemain yang mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, melepasi kawalan pemain lawan, melakukan hantaran lintang dan mencipta percubaan dengan kualiti yang lebih. Saya percaya Simons mampu melakukannya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI