fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Brian Tamala di laman Facebook.

Rusuhan: Pencinta haiwan rayu kembalikan kucing Uya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pencinta haiwan merayu supaya kucing kesayangan milik keluarga selebriti dan ahli politik, Surya Utama atau Uya Kuya dipulangkan selepas rumahnya diserbu sekumpulan individu semasa rusuhan di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi hantaran oleh @Brian Tamala di laman Facebook, lelaki itu menzahirkan rasa simpati serta menggesa agar pihak yang mengambil kucing itu supaya menjaganya dengan baik dan segera memulangkannya kepada Uya Kuya.

“Jangan pisahkan anak dengan ibu bapanya. Pencinta kucing pasti tahu bagaimana perasaan bila anabul (anak bulu) kita dirampas,” ujarnya.

Dalam hantaran video sama menunjukkan kucing tersebut dilayan dengan kasar oleh pihak yang merampasnya mengundang kemarahan ramai pengguna media sosial.

Kediaman Uya Kuya di Bintaro dilaporkan menjadi sasaran amukan orang ramai pada Sabtu lalu. Selain melarikan kucing kesayangan isterinya, Astrid, pelbagai barangan berharga turut dirampas.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI