fbpx
Anwar meluangkan masa bertemu peserta pentas grafik manusia pada sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya semalam.

PM hargai petugas, rakyat raikan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan, penjawat awam serta pihak terlibat yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ribuan hadirin yang hadir bagi meraikan detik bersejarah itu sebagai tanda semangat satu rakyat, satu negara.

“Kehadiran dan komitmen semua melambangkan kekuatan sebenar Malaysia, iaitu kekuatan yang lahir daripada perpaduan, sikap saling menghormati dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Terdahulu, sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ itu menyaksikan kehadiran lebih 100,000 orang yang membanjiri Dataran Putrajaya sejak malam kelmarin.

Sambutan itu juga melibatkan pembabitan 81 kontinjen dengan 14,062 peserta, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 116 ekor haiwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN