NOTTINGHAM – Nottingham Forest terus memperkasakan pasukan pada bahagian pertahanan selepas mendapatkan khidmat penjaga gol Botafogo, John Victor dengan nilai £10 juta (RM57.11 juta).
Meskipun sudah membawa masuk penjaga gol Scotland, Angus Gunn secara percuma sebelum ini, namun pengurus, Nuno Espirito Santo sebelum ini sudah beberapa kali menyuarakan hasrat mendapatkan seorang lagi penjaga gol.
Forest menganggap kemasukan pemain Brazil itu sangat penting buat Forest, lebih-lebih lagi dia dianggap sudah memiliki pengalaman beraksi di Eropah ketika bersama Real Valladolid di Sepanyol.
“John (Victor) berjaya menarik perhatian kami dan beberapa kelab lagi selepas menampilkan aksi menarik di Brazil. Jadi, kami sangat gembira dia mengambil keputusan untuk menyertai Forest.
“Matz (Sels) sangat hebat musim lalu dan kami juga memiliki Angus (Gunn) dan Aaron Bott. Dengan senarai penjaga gol yang ada, kami yakin mereka akan bersaing merebut tempat dalam pasukan,” kata ketua pegawai bola sepak Forest, Ross Wilson. – AGENSI