fbpx
Che Bunga menunjukkan gambar suaminya yang dikhuatiri hilang semasa memancing di laut ketika ditemui pemberita di Pantai Geting, Tumpat hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL

‘Lebih 10 kali saya cuba hubungi suami, tapi tidak berjawab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang apabila dua hari tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing di perairan Kelantan, dekat sini.

Ahmad Hussien, 71, yang merupakan nelayan pantai dari Kampung Kelaboran bertolak dari jeti Tanjung Kuala, di sini kelmarin seorang diri selepas subuh dengan menaiki bot fiber.

Isterinya, Che Bunga Yaakob, 55, berkata, dia mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di laut apabila suaminya tidak pulang pada waktu tengah hari semalam.

“Sudah lebih 10 kali saya cuba hubungi suami, tapi tidak berjawab. Saya risau kerana cuaca tidak menentu ketika ini tambahan pula dia hanya membawa bekal lima biji pisang rebus dan sebotol air mineral,” katanya ketika ditemui di Pantai Geting di sini hari ini.

Menurut wanita itu, suaminya sebelum ini memotong rumput dalam kuantiti banyak seolah-olah mahu pergi dalam tempoh yang lama.

“Biasanya dia akan pulang pada hari sama jika keluar memancing ikan. Dia juga meminta saya merebus pisang kerana mahu membawa bekal ketika keluar memancing,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan pada pukul 7.30 pagi tadi dengan memberi tumpuan radius pencarian kira-kira 5 batu nautika dari daratan Pantai Geting, Tumpat dan Kuala Besar, Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI