fbpx
Kesemua mangsa yang maut selepas kenderaan dinaiki melanggar sebatang pokok di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi. - Foto IHSAN BOMBA

Empat maut: Mengantuk punca trak pikap terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Mengantuk dipercayai punca empat sahabat maut selepas trak pikap yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 27.7, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, hari ini.

Dalam nahas pada pukul 3.10 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan asal mendapati mereka dalam perjalanan pulang ke Banting selepas minum di sekitar Dengkil.

“Setibanya di lokasi, trak pikap Ford Ranger itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar pokok dipercayai akibat mengantuk.

“Pemandu dan tiga penumpang yang parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Banting,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mohd. Akmalrizal, waris semua mangsa sudah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S. Taneswaran di talian 03-31872222 atau 012-6708561. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN