fbpx
Tangkap layar pesanan yang telah dibuat rakyat Malaysia untuk rakyat Indonesia.

‘Malaysia sediakan bahu untuk Indonesia bersandar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Simpati dengan nasib yang dialami oleh rakyat Indonesia, pelbagai cara telah dilakukan rakyat Malaysia dalam membantu jiran serumpun.

Antaranya termasuklah membuat pesanan di aplikasi penghantaran makanan di negara itu lalu disedekahkan kepada rakyatnya termasuk kepada rider penghantaran itu sendiri.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Thread, seorang pengguna dikenali sebagai mazlan.syafie memaklumkan bahawa ketika ini rakyat di negara jiran itu amat memerlukan bantuan termasuk makanan.

“RM25 bagi kita mungkin sekadar sekali makan tengah hari di food court (medan selera). Tapi di Jakarta, jumlah itu cukup untuk enam bungkus nasi goreng yang mengenyangkan beberapa perut yang sudah lama menahan lapar.

“Itulah yang berlaku bila rakyat Malaysia mula order makanan melalui Grab di Indonesia, dengan satu pesan ringkas: “Tak perlu hantar, makan saja. Atau bahagi-bahagi dengan teman ojek (rider),” tulis individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna di Indonesia berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah banyak membantu rakyat di negara itu dalam mengharungi waktu sukar ketika ini.

“Ya Allah, aku nangis gara-gara warga Malaysia. Di Threads, mereka ramai-ramai mengubah lokasi Grab/Gojek mereka jadi Jakarta, lalu mereka order makanan dan minuman untuk disedekahkan baik ke ojol (rider) orang-orang kecil atau ke teman-teman.

“Mereka terus memantau dan merasa kasihan dengan kita. Apalagi saat melihat beberapa share foto bukti makanan/minuman sudah didistribusikan (diterima) dari para ojol,” komen Mimi Hamida.

Turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Hasnita Zuhantini.

“Mereka (rakyat Malaysia) berikan pundak (bahu) untuk kita bersandar sebentar,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI