fbpx
Anwar menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, sebuah institusi bersejarah berusia lebih 130 tahun.

Malaysia, China berdiri setara penuh hormat dan keikhlasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani berlandaskan keyakinan pada masa depan, yang berkembang menjadi kepercayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan.

Beliau berkata, daripada asas itulah lahir kerjasama merangkumi projek infrastruktur yang menghubungkan ekonomi, kerjasama tenaga hijau dan ekonomi digital, malah kemudahan perjalanan antara rakyat kedua-dua negara.

“Dalam suasana dunia yang penuh ketidaktentuan, keikhlasan persahabatan ini menjadi sesuatu yang amat berharga.

“Hari ini kita menyaksikan tatanan dunia yang kian goyah. Peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata dan perpecahan menjadi pilihan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Anwar berkata, perkara itu turut disampaikam semasa diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, sebuah institusi bersejarah berusia lebih 130 tahun.

Selain itu Anwar turut menerima cenderamata yang dihadiahkan pihak universiti berupa replika sijil diploma pertama yang dikurniakan sekitar tahun 1900.

“Saya berkongsi tentang kepercayaan yang terbina antara Malaysia dan China sejak setengah abad lalu, selain menyinggung soal kegawatan ekonomi dunia ketika ini, juga tentang hikmah sejarah yang mengingatkan kita bahawa konflik adalah pilihan.

“Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI