fbpx
Kelantan TRW kini menduduki tangga kelima Liga Super selepas mengharungi empat perlawanan. - Foto ihsan Penang FC

Liga Super: Langkah Kelantan TRW makin tersusun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKSI tangkas penjaga gol, Damyan Damyanov menjadi penyumbang terbesar kemenangan tipis 1-0 Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, kelmarin.

Pengendali KTRW FC, E. Elavarasan mengakui pasukan tuan rumah sememangnya berhak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata walaupun terpaksa bermain 10 pemain untuk tempoh hampir satu jam.

“Memanglah buat mana-mana pasukan, agak bagus untuk mendapatkan tiga mata di tempat lawan. Namun, bagi saya Penang FC juga bermain dengan agak baik dan memiliki peluang untuk samakan kedudukan.

“Bagaimanapun, penjaga gol kami beraksi cemerlang apabila tampil tangkas untuk menafikan percubaan bahaya pasukan lawan. Kalau kami mampu sudahkan beberapa peluang di babak kedua, permainan akan jadi berbeza.

“Walaupun kekurangan seorang pemain, Penang FC tetap mampu bermain dengan baik dan jika dikira peluang dicipta, mereka sepatutnya mampu menamatkan perlawanan ini dengan keputusan seri,” katanya.

Pada perlawanan itu, bekas pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Super dua kali, Ifedayo Olusegun terus menjadi nadi utama kepada KTRW FC apabila menyumbangkan gol kemenangan, menyaksikannya sudah pun mengumpul empat gol secara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI