PETALING JAYA – Rakyat di seluruh negara menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh semangat hingga sanggup datang lebih awal, malah ada yang tidak pernah jemu meraikan hari bersejarah negara. Di Seremban, seorang warga emas hadir seawal pukul 3 pagi demi sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri. Junaidah Abdul Rahman, 70, dari Taman Desaru Sikamat berkata, dia tidak pernah terlepas meraikan detik bersejarah negara itu sejak 35 tahun lalu. “Hari ini, saya bersama suami dan dua anak sampai ke kawasan acara,……