fbpx
INTER gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila dikejutkan dengan kekalahan kepada Udinese.

Inter Milan kena belajar ‘taktik kotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Jurulatih Inter Milan, Cristian Chivu mengakui pasukannya perlu belajar cara permainan ‘taktik kotor’ selepas tewas 1-2 kepada Udinese dalam aksi Serie A di San Siro awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Nerrazurri gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas pasukan pelawat berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang hasil penyudah Keinan Davis dan Arthur Atta.

Menurut Chivu, corak permainan yang menarik yang dipamerkan oleh barisan pemain belum cukup untuk membantu pasukan melakar kemenangan dan harap semua dapat belajar daripada kekalahan ini.

“Saya rasa kita bermain dengan cukup baik, tetapi tidak mencipta peluang yang mencukupi. Selepas menghadiahkan penalti buat lawan, pemain dilihat gagal memberikan tumpuan yang diharapkan.

“Saya cuba untuk meletak empat penyerang termasuk Lautaro Martinez, Marcus Thuram, Francesco Pio Esposito dan Ange-Yoan Bonny, tetapi masih tidak berjaya untuk mencuri mata berharga,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN