PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga negeri pagi ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 1 tengah hari nanti.
“Amaran dikeluarkan bagi negeri Selangor iaitu melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat.
“Selain itu, amaran sama dikenakan bagi negeri Johor melibatkan daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.
Sementara itu di Sabah, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. – KOSMO! ONLINE