fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak sembilan buah negeri diramalkan mengalami hujan lebat dan angin kencang pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, susulan itu amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah terlibat sehingga 7 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Turut terlibat ialah negeri Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),” katanya di sini, hari ini.

Selain itu di Perak, keadaan sama diramal melanda Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman),” katanya.

Sementara itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi negeri Pahang (Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Kuantan) dan Selangor (Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Di Sarawak, amaran sama juga dikeluarkan bagi daerah Kuching (Bau dan Kuching), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN