fbpx
Orang ramai diminta membantu mengesan Rehnusureyen yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Hilang sejak 30 Ogos, di mana Rehnusureyen?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Rehnusureyen Chandrasegeran, 25, pada pukul 2.13 pagi tadi.

“Mangsa kali terakhir dilihat berada di SD Apartment 2, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara pada pukul 9 malam, 30 Ogos lalu.

“Mangsa mempunyai ketinggian 1.75 meter dan berhidung mancung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Raymond Gerard Al Anthony di talian 012-7896691/03-61421222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN