fbpx

‘Hanya jumpa selipar, serpihan motosikal tetapi anak tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang pesara polis bimbang dengan keselamatan anak lelaki sulungnya yang menghilangkan diri selepas dipercayai terlibat kemalangan di tepi Jalan Taman Kelisa Ria, di sini.

Menurut Tayib Bakar, 65, anaknya, Muhammad Azwandi, 40, keluar dari rumah di Jeniang, dekat sini untuk menyambut Merdeka di Sungai Petani kira-kira pukul 8.30 malam, Sabtu lalu dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Selepas itu, anak saya yang masih bujang tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Ahli keluarga mencari di sepanjang jalan yang sering digunakannya sebelum menemui selipar dan serpihan bahagian motosikal dipercayai milik anak,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan pengamatan pada selipar dan serpihan bahagian motosikal iti, keluarga mengesyaki Muhammad Azwandi terlibat kemalangan.

“Namun apa yang menghairankan anak dan motosikal tidak ditemui di lokasi tersebut. Bimbang tentang keselamatan anak, saya membuat laporan polis berkaitan kehilangannya di Balai Polis Gurun, tengah hari tadi,” ujarnya.

Dia pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu agar menghubunginya di talian 019-567 1791 atau melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan lelaki itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI