fbpx
Antara bot bantuan kemanusiaan yang dinaiki kru dari Malaysia.

Global Sumud Flotilla mula berlayar ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusian Global Sumud Flotila memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona, semalam dengan usaha untuk memecahkan kepungan haram di Gaza.

Menurut perkongsian di Instagram Sumud Nusantara Official, bot-bot yang membawa sukarelawan dan bekalan bantuan itu berlepas kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pergerakan bot-bot itu diiringi sorakan ratusan aktivis, sukarelawan dan penyokong yang hadir memberikan semangat kepada kru yang berlayar.

“Global Sumud Flotilla: Misi Malaysia membebaskan Gaza kini bermula.

“Seramai 15 peserta daripada Malaysia telah menyertai misi bersejarah ini, pelayar yang tidak membawa senjata tapi hanya membawa bekalan bantuan untuk penduduk Gaza.

“Doakan pelayar mereka selamat dan berjaya memecah kepungan Gaza yang telah sekian lama ditindas,” tulis kapsyen pada video berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI