fbpx
Kesemua mangsa yang maut selepas kenderaan dinaiki melanggar sebatang pokok di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi. - Foto IHSAN BOMBA

Empat lelaki maut, trak pikap langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Empat lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini awal pagi tadi.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia berusia dalam lingkungan 40-an.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 2.21 pagi.

Katanya, pihak bomba yang tiba 16 minit kemudian mendapati nahas melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok.

“Terdapat empat mangsa dengan seorang daripada mereka tercampak keluar, manakala tiga lagi tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Anggota bomba melakukan operasi bagi mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersepit itu,” katanya hari ini.

Tambahnya, kematian kesemua mangsa disahkan oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI