fbpx
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat dihempap trak pikap di Jalan Ladang Agropolitan Gahai, Kampung Tanjung Gahai, Lipis.

Dua pekerja ladang warga Bangladesh maut dihempap Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Dua pekerja ladang warga Bangladesh maut selepas trak pikap jenis Toyota Hilux yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Ladang Agropolitan Gahai, Kampung Tanjung Gahai, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md. Shamim Reza, 24, dan Tuhin Ali, 26, yang berada di belakang Hilux dihempap kenderaan tersebut.

Kedua-dua lelaki asing itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati trak pikap itu dipandu lelaki tempatan berusia 52 tahun bersama enam penumpang warga Bangladesh dalam perjalanan dari ladang menuju ke rumah kongsi di kampung tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian yang berselekoh dan menuruni bukit, pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan ke kiri jalan sebelum terbabas dan terbalik,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI