fbpx

‘A new chapter’ – Nora Danish temui cinta baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas setahun bercerai, pelakon Nora Danish mencuri perhatian apabila memuat naik foto menampakkan sebahagian wajah seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identiti.

Perkongsian tersebut mencetuskan spekulasi bahawa pemilik nama penuh Nora Mohd. Danish Hanif, 43, kini kembali dilamun cinta bersama kekasih baharu.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkongsian dibuat dalam Instagramnya.

“Tak ada komen apa-apa,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam hantaran tersebut, Nora memuat naik beberapa foto dengan kapsyen ‘Ogos’ sambil menggunakan audio lagu Surat Hati nyanyian asal Devano.

Menariknya, entri tersebut turut diselitkan sekeping foto dengan tulisan ringkas berbunyi ‘New chapter (babak baharu), bismillah”, seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya memasuki fasa kehidupan yang baharu.

Malah, kelihatan Nora dan lelaki misteri itu turut mengenakan kaca mata dengan rekaan serupa, sekali gus menguatkan lagi andaian netizen.

Rata-rata peminat teruja dengan perkembangan terbarunya, selain mendoakan yang terbaik buat pelakon drama popular Puteri itu.

“Semoga yang baik-baik dan manis-manis untuk Nora dan anak-anak,” ujar peminat.

“Gembira untuk awak. Semoga dipermudahkan,” tutur pengikut lain.

“Wah! Macam ada berita gembira je ni,” luah peminat.

Sebelum ini, dalam laporan Kosmo! Online, Nora pernah berseloroh mengenai kemungkinan menunaikan haji bersama suami baharu.

Malah, dia juga turut memberitahu tidak menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas dua kali melalui kegagalan perkahwinan.

Terdahulu, Nora dan bekas suaminya, Nedim Mohamad Nazri, 42, bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum berpisah pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN