fbpx
Gambar hiasan.

5 anggota polis disyaki ‘makan suap’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota polis termasuk seorang pegawai kanan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM9,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki motosikal curi.

Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu telah ditahan antara pukul 2 hingga 5 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

”Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Jumaat lalu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.

”Salah seorang suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang merupakan pemilik bengkel motosikal yang terlibat di dalam operasi tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan 24 jam sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI