fbpx
Penunjuk perasaan menunggang motosikal di hadapan ibu pejabat polis yang dibakar semasa demonstrasi di Surabaya. - AFP

1,000 pelajar Malaysia di Indonesia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdapat kira-kira 1,000 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di beberapa wilayah di Indonesia.

Education Malaysia Indonesia (EMI) berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPMI) di peringkat Pusat dan cawangan bagi memastikan setiap pelajar sentiasa menjaga keselamatan dan tidak menyertai atau mendekati kawasan rusuhan.

“PKPMI Pusat dan cawangan turut diarahkan menghantar laporan situasi harian kepada pihak EMI dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi tujuan pemantauan,” katanya dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PKPMI Cawangan Jambi, Ahmad Dhia Hariz Mohd. Rahisham menasihatkan semua ahli supaya mengelakkan diri daripada berada di lokasi demonstrasi susulan ketegangan yang berlaku di beberapa wilayah Indonesia.

Katanya, meskipun demonstrasi sedang berlangsung di beberapa kawasan termasuk Jambi, keadaan di wilayah itu masih terkawal dan tidak membahayakan keselamatan pelajar Malaysia berbanding di lokasi lain, khususnya di Kepulauan Jawa.

“Kami turut diingatkan oleh pihak EMI dan Duta Besar Malaysia di Jakarta agar tidak terlibat dalam aktiviti demonstrasi selain diminta mengemas kini keadaan semasa di Jambi.

“Alhamdulillah, setakat ini semua pelajar dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ketegangan mencapai kemuncak selepas kematian seorang penunggang ojek, Affan Kurniawan yang maut dilanggar sebuah kenderaan polis (Brimob) semasa demonstrasi di Jakarta.

Protes turut dinyalakan dengan ketidakpuasan hati terhadap elaun perumahan ahli parlimen yang mencecah 50 juta rupiah (RM14, 5000) sebulan, ditambah dengan ketegangan ekonomi seperti kenaikan kos hidup, pemecatan besar-besaran dan cukai hartanah yang membebankan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI