JAKARTA – Sebuah kolam tadahan air terjun di Indonesia terpaksa ‘dikeringkan’ demi mencari gelang emas milik seorang wanita yang hilang ketika berenang, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Sungai Mudal baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fldzh_Ina menunjukkan beberapa petugas berusaha mencari barang kemas di sekitar kolam yang kering-kontang.
“Saya pasti gelang itu jatuh ke dalam sungai. Saya nampak gelang itu berada di pergelangan tangan sebelum hilang. Saya sudah biasa berenang tanpa menanggalkan barang perhiasan,” kata wanita itu.
Gelang tersebut ditemukan tidak lama kemudian oleh dirinya sendiri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 550,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sungai sanggup jadi ‘korban’ demi seorang wanita,” kata seorang netizen. – AGENSI