fbpx
Tangkap layar video tular seekor kucing bernama Shimba turut menyertai perbarisan kontinjen ATM pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya hari ini.

[VIDEO] ‘Saya Shimba, mangsa bukan penyelamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor kucing bernama Shimba yang dibawa menyertai kontinjen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya hari ini menarik perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan pengguna TikTok Eliza Mak Kucing, haiwan comel itu dipegang oleh anggota yang berdiri atas kenderaan APM sepanjang perarakan tersebut.

Terdapat satu kertas di situ tertulis, ‘ Hi saya Shimba, saya mangsa ya bukan penyelamat’ dengan merujuk kepada kucing tersebut.

Pengguna media sosial mengakui tertarik dengan kehadiran kucing tersebut yang dianggap sebagai salah satu tarikan pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“APM ni aktif sangat tahun ni,” kata pengguna TikTok Malas Baik.

“Banyak team bawa masuk perbarisan tahun ni,” komen Lynnesapuan.

“Comel sangat mangsa tu,” kata Noorsuhada. – KOSMO! ONLINE

@elizadianna Eh mangsa pun dapat join perarakan merdeka 😻 #merdeka #perarakanmerdeka #kucing #kucingmerdeka #putrajaya ♬ Tanggal 31 Violin Cover – Aqmal Daniel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN