fbpx
Tangkap layar sebuah lori secara tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan tanpa memberikan sebarang isyarat.

[VIDEO] Jurutera maut dilanggar lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang jurutera elektrik maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori di Kilometer 292.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dari Bahau menghala ke Dengkil secara tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan tanpa memberikan sebarang isyarat.

“Perbuatan itu menyebabkan kenderaan berat tersebut melanggar motosikal mangsa yang ketika itu berada di lorong kecemasan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Menurut Naazron, pemandu lori berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan direman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Insp. Ahmad Zahrein Muhd. Suod di talian 017-3818422. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN