fbpx
Natasya (kanan) dan suami, Mohd. Fairuz bersama bayi ketiga mereka yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan ke-68 di PRIBA HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Tuah tiga anak lahir pada tarikh istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pasangan suami isteri, Natasya Ngah, 40, dan Mohd. Fairuz Ridzuan Abd. Khalid, 39, tidak menyangka anak ketiga mereka lahir pada tarikh penuh bermakna iaitu 31 Ogos.

Kelahiran itu menjadi lebih istimewa apabila mencatat sejarah sebagai bayi pertama dilahirkan di Terengganu sempena Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini.

“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 30 September, tetapi tidak sangka pula bayi ketiga ini lahir awal sebulan pada 31 Ogos.

“Saya mula tahan sakit selepas maghrib dan tepat pukul 12.01 tengah malam, lahirlah anak ketiga kami. Memang meriah suasana di bilik bersalin apabila jururawat dan doktor turut berkongsi kegembiraan sama,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Ibu dan Anak, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, hari ini.

Lebih menarik, pasangan yang menetap di Chendering itu turut mempunyai dua anak yang lahir pada tarikh istimewa. Anak sulung mereka lahir pada tahun baharu, manakala anak kedua pula pada tahun lompat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI