fbpx
WEI CHONG dan Kai Wun mengakui masalah konsisten menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan kepada gandingan Korea Selatan.

Prestasi set ketiga ranapkan harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IMPIAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan beregu lelaki negara mencipta kejutan dengan membawa pulang gelaran dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris tidak kesampaian apabila perjuangan mereka terhenti di peringkat suku akhir.

Perjuangan anak-anak buah jurulatih, Herry Iman Pierngadi terutama dua sandaran utama negara iaitu gandingan ranking No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar awal pagi semalam.

Perjuangan Aaron-Wooi Yik di Paris tersekat selepas berdepan tentangan sengit gandingan No. 9 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty apabila tewas straight set 12-21, 19-21 dalam masa 43 minit.

Pasangan No. 7 dunia, Wei Chong-Kai Wun pula mempamerkan aksi yang lebih baik apabila berjaya mengheret beregu No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan sehingga ke set ketiga sebelum tumpas 21-23, 23-21, 15-21 dalam masa satu jam 9 minit.

Wei Chong berkata, isu konsisten dan pukulan tidak kemas sekali lagi menghantui persembahannya dan Kai Wun ketika berdepan bintang Korea tersebut.

“Saya rasa dari set pertama permainan kami ada turun naiknya. Kami mendahului dan kemudian mereka berjaya mengejar semula. Kami cukup bagus untuk mendapat mata akhir, tetapi kami tidak dapat menamatkannya.

“Semasa set ketiga sangat penting, tetapi kami tidak begitu konsisten dan permainan kami juga kurang bagus. Dalam set ketiga pula, kami terlalu ambil masa dan cuba perlahankan rentak permainan yang jelas tidak menjadi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tekanan sebagai punca kekalahan, kata Wei Chong, mereka tidak bermain di bawah pengaruh tekanan biarpun lawannya itu memegang status beregu No. 1 dunia.

“Saya rasa kami bermain tanpa tekanan dan dan kami mahu memberikan yang terbaik terutama berjuang mendapatkan pingat untuk Malaysia. Kami telah cuba yang terbaik dan akan perbaiki kelemahan selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN