fbpx
Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang pengayuh basikal mengikut rapat sebuah lori.

Pengayuh basikal ‘cucuk angin’ dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pengayuh basikal mengekori rapat sebuah lori di lebuh raya menerima kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, penunggang basikal itu dilihat mengayuh seorang diri di lebuh raya berkenaan.

Namun apa yang membimbangkan, lelaki itu dilihat seolah-olah sedang mengejar kenderaan berat tersebut yang sedang bergerak di lorong tengah.

“Kenapa orang bawa basikal suka duduk tengah jalan?,” tulis kapsyen video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki terbabit yang dikatakan membahayakan diri sendiri.

“Sekali lori brek, nak salahkan lori pula. Kau kayuh belakang lori sebab nak ‘drafting’ untuk kurangkan rintangan angin ibarat tapau teh ais kurang manis, balik rumah, taruh (letak) gula,” kata James.

“Terpaling cucuk angin. Ni dengan rempit ‘fly’ sama ja,” kata Faeez.

“Cara-cara untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta,” ujar Khai.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 10,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN