fbpx
Orang ramai mengambil beberapa barang berharga ketika menyerbu rumah Sahroni di Jakarta Utara semalam. - TikTok

‘Makcik’ ikut sekali, kebas tab mandi kediaman ahli parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beberapa wanita tular apabila dirakam mengambil tab mandi ketika beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu rumah ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia daripada Parti NasDem, Ahmad Sahroni semalam, lapor portal berita Tempo. 

Kediaman Sahroni terletak di Tanjung Priok, Jakarta Utara. 

Imej dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @masukgrupdisini menunjukkan seorang wanita mengangkat tab mandi milik Sahroni sambil dibantu oleh beberapa lelaki. 

Antara barangan mewah yang diambil termasuk peti ais, mesin basuh, jam tangan, anak patung Labubu, televisyen, iPhone dan patung Iron Man yang dianggarkan bernilai sekitar 400 juta rupiah (RM102,844). 

Selain ‘menyamun’ barang berharga, mereka turut merosakkan kereta jenis Lexus yang diletakkan di dalam garaj. 

Beberapa anggota Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia (TNI) mengawal sekitar rumah Sahroni semasa kejadian. 

Kumpulan itu juga diminta untuk tidak membakar rumah Sahroni kerana ia boleh menjejaskan rumah lain. 

Beliau menjadi tumpuan umum selepas menyifatkan individu yang menyeru pembubaran (DPR) sebagai ‘orang tolol’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN