fbpx
PSG mudah mengatasi Toulouse untuk kekalkan rekod bersih saingan liga musim ini. Foto ihsan Facebook PSG

Ligue 1: Hatrik Neves bantu pesta gol PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOULOUSE – Pemain muda Paris Saint-Germain (PSG), Joao Neves mempamerkan kelas tersendiri apabila meledak jaringan hatrik untuk bantu pasukan menewaskan Toulouse 6-3 dalam aksi dramatik Ligue 1, awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, PSG terus mengekalkan rekod bersih dalam saingan domestik hasil penyudah berganda Ousmane Dembele, Bradley Barcola selain Neves.

Pengendali PSG, Luis Enrique mengakui gembira dengan kemenangan yang diraih tetapi dalam masa sama kecewa apabila benteng pasukan mudah dibolosi pada penghujung saingan ketika selesa mendahului 6-1.

“Saya teruja dengan kemenangan ini, tetapi masih ada lagi beberapa perkara yang boleh diperbaiki pasukan yang gagal memberi tumpuan pada penghujung saingan.

“Namun, pujian wajar diberikan kepada tuan rumah kerana mereka beraksi dengan baik dan stadium ini adalah gelanggang yang sukar untuk mana-mana pasukan mendominasi sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Neves mengakui gembira apabila dapat meledak hatrik pertama dalam karier dan harap prestasi peribadinya dapat terus meningkat pada saingan musim baharu kali ini.

“Bukan mudah untuk menjaringkan hatrik dan saya gembira dengan setiap gol yang dilakukan. Namun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki kerana saya perlu bekerja keras pada sesi latihan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN