fbpx
PENYANYI Zizi Kirana kini bersama Pertubuhan Sumud Nusantara, dalam perjalanan ke Gaza melalui Laut Mediterranean bersama puluhan kapal yang turut disertai 44 negara lain.

Laung semangat Malaysia di bumi Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam misi menuju ke Gaza dengan merentasi Laut Mediterranean, penyanyi Zizi Kirana tetap membawa semangat kemerdekaan yang ke-68 di bumi Sepanyol.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, menzahirkan perjuangan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap nasib warga Palestin yang masih dibedil tentera Israel.

“Membawa semangat Malaysia ke bumi Sepanyol sebagai tanda solidariti kita buat Palestin.

“Inilah kekuatan kita bersatu, berani dan tidak pernah diam.

“Suara kita adalah kuasa kita!,” katanya dalam perkongsian di platform Threads.

Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Eh itu turut memuat naik video perhimpunan untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin yang dipercayai digerakkan bersama masyarakat di Sepanyol.

Selain Zizi, turut kelihatan kelibat pelakon Ardell Aryana menyertai perhimpunan tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan Palestin.

Zizi dan Ardell kini tiba di Sepanyol dalam misi ke bantuan ke Gaza bersama pertubuhan Sumud Nusantara yang digerakkan dari Malaysia bersama tujuh negara lain termasuk Indonesia, Thailand, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina, dan Maldives.

Dalam misi tersebut, delegasi berlayar melalui Laut Mediterranean bersama puluhan kapal yang turut disertai 44 negara terlibat. Difahamkanm mereka akan berkumpul di Tunisia terlebih dahulu untuk menjalani sesi latihan sebagai persediaan sekiranya berdepan serangan daripada tentera Israel seperti vang berlaku dalam beberapa misi sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN