Minat mendalam terhadap kopi mendorong seorang anak muda di Kota Tinggi, Johor membuka kafe bertemakan kopitiam moden dengan sentuhan klasik dikenali sebagai Kopi dan Mawar. Pemiliknya, Mohamad Nazren Nasha Abu Samah, 30, berkata, dia merupakan pencinta kopi tegar yang gemar mencuba pelbagai jenis kopi baharu. “Duit belanja saya banyak habis untuk kopi. Jadi, saya fikir lebih baik buka kedai sendiri untuk dijadikan sumber rezeki,” katanya. Menurutnya, pada peringkat awal, dia hanya merancang membuka sebuah kedai kecil dengan satu mesin kopi,……