fbpx
Sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbabas di Plaza Tol Sungai Long, Kilometer 10 Lebuhraya Silk arah Semenyih, awal pagi tadi.

Kereta rempuh penghadang tol, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Dua individu cedera selepas sebuah kereta jenis Hyundai Elantra yang dinaiki mereka terbabas di Plaza Tol Sungai Long, Kilometer 10 Lebuhraya Silk arah Semenyih, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, kemalangan melibatkan seorang pemandu lelaki berusia 24 tahun dan seorang penumpang wanita berumur 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Balakong menuju ke Semenyih sebelum pemandu hilang kawalan ketika memasuki salah satu lorong tol.

“Kenderaan itu kemudian melanggar batu penghadang dan terbabas ke dalam lorong tol tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian tersebut kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Kajang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Sarjan Khairil Azuat Khairol Anuwar di talian 018-9007723 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN