fbpx
Mintah kini didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas genap lima tahun bermastautin di Malaysia. - Foto ihsan Kuching City

Jordan Mintah boleh jadi ‘aset’ Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kuching City FC berharap proses naturalisasi yang telah selesai untuk penyerang importnya, Jordan Mintah akan menjadi pendorong berterusan kepada pasukan itu mencatat keputusan yang lebih baik dalam kancah bola sepak di negara ini.

Ketua Jurulatih pasukan itu, Aidil Sharin Sahak menyifatkan keputusan itu sebagai perangsang kepada Kuching City FC memiliki kumpulan pemain yang berkualiti untuk mengharungi cabaran saingan di liga super dan kejohanan lain.

Katanya, beliau tidak terlibat dalam usaha tersebut tetapi menyambut baik keputusan itu.

“Apa yang paling penting ialah lebih ramai pemain yang kita ada adalah lebih baik kerana mereka adalah pemain yang berkualiti.

“Ini akan membantu pasukan menjadi lebih kuat dan mencapai sasaran yang kami letakkan pada awal musim,” katanya kepada para pemberita selepas perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Mintah masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-84 permainan tetapi tidak menghasilkan gol dengan perlawanan berakhir seri 2-2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN