fbpx
HANYAN (empat dari kiri) hadir pada program Larian Merdeka di Sungai Petani, malam tadi.

Ibu mangsa turut disiasat, kes bapa tiri ‘usik’ remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Polis turut membuka kertas siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) terhadap ibu kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol bapa tiri di Gurun, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, ia kerana siasatan awal mendapati mangsa pernah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada ibunya sebelum ini namun wanita tersebut tidak mempercayainya.

“Kita sedang meneliti rakaman percakapan mangsa yang memaklumkan dia pernah beritahu ibunya tentang kejadian terkutuk itu, namun ibu mangsa memarahinya kerana mereka-reka cerita.

“Jika siasatan mendapati wujud unsur pengabaian kita akan mengambil tindakan terhadap ibu mangsa,” katanya ketika ditemui pada program Larian Merdeka 2025 anjuran sebuah pasar raya, di sini malam tadi.

Menurut Hanyan, laporan perubatan mendapati terdapat banyak kesan koyakan lama pada kemaluan dan mangsa memaklumkan dia menjadi pemuas nafsu bapa tirinya sejak lebih enam bulan lalu.

“Kita akan memanggil saudara kandung mangsa dan saudara tiri perempuan lain untuk dirakam percakapan sama ada mereka pernah menjadi mangsa rogol suspek yang juga seorang peniaga,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes memperkosa anak tirinya yang berusia 13 tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN