fbpx
Rohani (tengah) melawat sebahagian bayi merdeka yang lahir di HRPZ II, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN HRPZ II

Hospital Raja Perempuan Zainab II sambut 16 bayi ‘merdeka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 16 bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini.

Pengarah HRPZ II, Dr. Izamin Idris berkata, kelahiran itu melibatkan seramai 11 orang bayi lelaki dan lima orang bayi perempuan yang lahir bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga 10 pagi tadi.

Menurutnya, bayi pertama dilahirkan di hospital tersebut dianggarkan kira-kira pukul 12.40 pagi.

“Kelahiran bayi perempuan itu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh seluruh warga kerja HRPZ II. Ia bukan sahaja satu momen bersejarah buat keluarga, malah menyuntik semangat patriotisme dan cinta negara dalam kalangan rakyat.

“HRPZ II berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bermakna itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim dan Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu, Mohd. Na’im Yusof.

Salah seorang kepada ibu bayi merdeka, Syamimi Afiqah Shuhairi meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata yang jatuh pada ulang tahun kemerdekaan negara.

“Saya amat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka akan bersalin pada Hari Kebangsaan. Ia menjadi kenangan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Semoga anak ini membesar menjadi insan berguna dan mencintai negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN