LONDON – Bournemouth sekali lagi menggunakan kemampuan mereka meledak gol pada awal permainan untuk mencatat kemenangan selepas membenam cabaran Tottenham Hotspur 1-0 pada aksi semalam.
Gol tunggal perlawanan menerusi Evanilson pada minit kelima membolehkan Bournemouth mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas tiga perlawanan apabila hanya tewas pada aksi pembukaan menentang Liverpool.
Pada aksi sebelum ini, Bournemouth turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolves menerusi jaringan Marcus Tavernier sekali gus menyaksikan skuad kendalian Andoni Iraola memegang rekod jaringan terpantas setakat ini untuk saingan musim baharu.
“Ini adalah kemenangan yang cukup baik buat kami yang bermain dengan baik. Kami sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol untuk menamatkan perlawanan dengan lebih baik.
“Kami melepaskan beberapa peluang terbaik untuk menambah jangan. Namun, saya gembira kerana kita semua dapat melihat aksi luar biasa daripada pemain.
“Sekali lagi kami melakukan perkara sama (jaringan awal) seperti kami lakukan menentang Wolverhampton. Dalam masa sama, kami juga berjaya bertahan dengan cukup baik,” kata Iraola. – AGENSI